Tuesday, October 7, 2014

OVEN LEMANG

Salam Hormat,

Secara tradisinya di N Sembilan memasak lemang, atau lebih dikenali sebagai lomang, adalah dengan membakarnya dengan menggunakan unggun api.

Kini kita tidak perlu lagi bersusah payah mengumpul kayu, membuat langai
dan berpanasan dengan bahang unggun api untuk memasak lemang.

Alat yang saya panggil sebagai OVEN LEMANG, dengannya kita bolih memasak lemang di dalam rumah kita dengan menggunakan gas sahaja. Musim hujan tidak menjadi masaalah.


                                    Dapor



                                 Set Lengkap

Lemang bolih dimasak dalam tempoh 2 ke 2.5 jam sahaja, bergantung kepada saiz api yang digunakan. Oven dalam rekabentuk sekarang hanya mampu memasak 13 batang lemang sahaja dalam satu-satu masa. Lebihkurang muat untuk beras pulut sebanyak 4 Kg. Bermakna jika anda ingin memasak 8 Kg beras pulut atau 26 batang lemang, terpaksalah memasaknya 2 kali. Misalnya, masak sekali antara jam 10 ke 12.30 tengah hari dan sekali lagi antara jam 4 hingga ke 6.30 petang atau disebelah malamnya selepas Isyak. Kesan terpenting alat ini ialah lemang bolih dimasak pada bila-bila masa mengikut kesesuaian kita dan bolih dimasak di dalam rumah.

Alat ini memudahkan bagi mereka-mereka yang berniaga lemang.

Prosedur persiapan sama seperti lemang biasa sehingga tahap buluh yang telah disi pulut, bersantan dan berdaun. Pastikan buluh tidak diisi penuh, elok tinggalkan kosong lebih kurang 5 ke 6 inci di bahagian atas. Ini untuk mengelakkan lemang daripada melimpah semasa di masak. 

Dimensi buluh lemang seeloknya 18" panjang, dari ruas ke hujung, dan 2" diameter besarnya. Jika tidak muat apabila dimasukkan ke dalam lubangnya, potong atau iris sedikit kulit buluh berkenaan, sebelum dimasukkan daun dan isi lemang yang lain.

Kemudian masukkan buluh-buluh lemang yang telah disiapkan untuk dimasak ke dalam oven, seperti yang tertera di dalam gambar berikut.


                                      Kedudukan buluh lemang

Setelah cukup 13 barang (bolih juga masak kurang daripada 13 batang), oven ditutup dengan penutupnya dan seterusnya menyalakan api. Lihat gambar berikut.

                        Nyalakan 2 baris luar sahaja

Jika anda terisi penuh batang-batang lemang, akan berlaku limpahan. Semasa anda melihat lemang ini setelah 2 jam dimasak, buangkan isi-isi yang timbul atau anda hentak lemang-lemang berkenaan, sama seperti membuat lemang biasa. Kemudian masukkan semula lemang-lemang tersebut ke dalam oven dan terusklan membakarnya sehingga masak, kira-kira setengah jam lagi. Hasilnya, lemang masak serata tanpa kerak arau terbakar, lihat gambar-gambar berikut.






Rasanya sama seperti lemang biasa dan tiada berbau gas sedikit pun. Uji rasa yang telah saya lakukan kepada 5 orang individu yang tidak mengetahui bagaimana ia dimasak, menyatakan sedap macam lemang biasa.


HARGA SET OVEN LEMANG

Harga yang dinyatakan adalah tanpa kos penghantaran:-

1. Oven  =  RM 750.00 seunit
2. Dapur =  RM 350.00 seunit (termasuk paip dan kepala gas).

Dengan tambahan RM280.00 set ini bolih dihantar ke mana jua di Semenanjung Malaysia.


BERMINAT?

WhatsApp Di : 016 9227341 


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun